5 FAKTA MENARIK TENTANG ALAM SEMESTA

MY Astronomi 🇲🇾
3 min readJan 26, 2022

--

Alam semesta adalah sesuatu yang membingungkan. Disini terdapat lima penemuan paling menarik tentang alam yang kita diami hari ini.

1. ALAM SEMESTA TERUS BERKEMBANG

Pada tahun 1920, ahli astronomi dari Amerika Edwin Hubble mendedahkan penemuan luar biasa yang mengubah cara kita melihat dan berfikir tentang alam semesta. Sebelum ini kita fikir bahawa galaksi kita merangkumi keseluruhan alam semesta dan tidak ada yang lain selain daripada itu. Namun Hubble menemukan lebih banyak galaksi di luar sana yang sama dengan galaksi kita. Sekarang dianggarkan terdapat 2 trillion galaksi di seluruh alam semesta.

Pemerhatian Hubble menunjukkan setiap galaksi bergerak saling menjauh antara ssatu sama lain. Kesimpulan ini adalah berdasar kepada Doppler Effect. Menurut Doppler Effect, apabila sumber cahaya bergerak semakin jauh dari kita, cahaya itu akan berwarna kemerahan, namun bila semakin mendekat ia bertukar kepada warna biru. Ini adalah penemuan yang menakjubkan. Hubble melihat setiap galaksi bertukar kepada warna merah, yang bermaksud mereka sedang bergerak menjauhi kita.

Penemuan ini begitu penting kerana ia menafikan pendapat sesetengah pengkaji bahawa alam semesta berada dalam keadaan statik. Aspek penting yang lain berdasar kepada oenemuan ini adalah saintis mula berfikir jika alam semesta berkembang, kemudia jika kita membalikkan putaran masa, segalanya akan bermula dengan sangat dekat dan semakin dekat dan akhirnya kita akan mendapat satu titik yang sangat kecil. Maka alam semesta ada permulaannya.

2. KELAJUAN CAHAYA ADALAH TETAP

Cahaya bergerak dengan kelajuan yang tetap. Apa yang membuatkan ia penting? Bayangkan anda berada dalam kereta api yang sedang bergerak pada kelajuan 100km/h. Anda membaling satu bola mengikut arah pergerakan kereta api. Katakan bola itu bergerak 15km/h berdasar kepada daya anda semasa membaling bola tersebut. Berapakah kelajuan sebenar bola tersebut? Jadi kelajuan sebenar bola tersebut ialah gabungan antara laju kereta api dan laju bola yang dilontar oleh anda tadi, 115km/h.

Hal ini menyebabkan kelajuan cahaya menjadi kes istimewa. Ia tidak berubah. Dalam keadaan kedap udara, kelajuan cahaya ialah 300,000 km/s. Jika anda menyalakan lampu picit dan bukan membaling bola, kelajuan cahaya tetap sama. Ia bergantung kepada pergerakan mana yang anda perhatikan.

Satu lagi perkara yang menarik tentang kelajuan cahaya ialah hanya benda yang tidak berjisim boleh bergerak dengan kelajuan itu. Sebagai contoh, foton ialah zarah tidak berjisim dan ia bergerak pada kelajuan cahaya.

3. ALAM SEMESTA TIDAK MEMPUNYAI TITIK TENGAH

Apabila kita bercakap tentang pengembangan alam semesta, anda mungkin menyangka bahawa Edwin Hubble memerhatikan setiap galaksi bergerak menjauhi kita. Jadi, ini bermakna kita berada di pusat alam semesta. Tidak. Anda mungkin mendapati ia bertentangan dengan intuitif tetapi alam semesta kita tidak mempunyai pusat. Di mana sahaja anda berdiri di alam semesta, pergi ke beberapa galaksi lain, anda akan melihat fenomena yang sama. Setiap galaksi bergerak menjauhi satu sama lain.

4. ALAM SEMESTA BERUSIA 13.77 BILION TAHUN

Sejak kita mengetahui bahawa alam semesta mempunyai permulaan, kita mula mencari berapa umur alam semesta. Para saintis pada awalnya menganggarkan bahawa alam semesta terbentuk antara 10 hingga 20 bilion tahun dahulu. Tetapi, apabila pemahaman tentang alam semesta meningkat, kita menemui alat baharu untuk menganggarkan umur alam semesta. Baru-baru ini, umur ini dianggarkan 13.77 bilion tahun atau lebih kurang 40 juta tahun.

5. 95% DARIPADA ALAM SEMESTA TIDAK KELIHATAN

Apabila anda melihat alam semesta, anda melihat planet, bintang, galaksi. Alam semesta dipenuhi dengan isi. Walaupun anda zoom in ke bahagian kosong alam semesta, anda akan menemui ratusan dan ribuan galaksi. Contoh terkenal ialah Hubble Ultra Deep Field. Anda mungkin mendapati ia mengagumkan, tetapi ia hanya 5% daripada alam semesta. 95% alam semesta tidak dapat dilihat dan merupakan misteri.

25% daripada alam semesta diperbuat daripada Dark Matter. Para saintis tidak tahu apa itu tetapi disebabkan pengaruh gravitinya pada objek berhampiran, ia boleh dikesan. Manakala 68% alam semesta diperbuat daripada tenaga yang tidak diketahui, dipanggil Dark Energy. Ia adalah penyebab di sebalik pengembangan alam semesta. Tetapi saintis tidak tahu apa Dark Energy yang sebenarnya.

Jika anda menikmati artikel ini, mengapa tidak melanggan terus ke e-mel anda? Anda akan mendapat dua e-mel percuma seminggu yang merangkumi berita dan penemuan terkini daripada fizik, astronomi dan industri angkasa lepas. Daftar sahaja di sini.

--

--

MY Astronomi 🇲🇾

🛰️Peminat/Pentaksub Bidang Astronomi🔭 | Perkongsian berdasarkan fakta. | Tidak terlibat dengan mana-mana badan angkasa. | Penulisan dalam Bahasa Melayu